Tempatan

AWAS! Beruang Dilihat Berkeliaran, Penduduk Kampung Gusar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA BERANG, 31 Julai 2023 – Penduduk di Kampung Kemat, Kuala Berang, Terengganu, hidup dalam kebimbangan selepas lebih lima kali terserempak dengan seekor beruang yang dilihat merayau-rayau di sekitar kampung dipercayai untuk mencari makanan.

Menurut seorang penduduk, Kamaruddin Ali, 61, kejadian terbaru berlaku pada 28 Julai baru-baru ini oleh petugas parti yang pulang daripada memasang poster dan bendera.

BACA JUGA: Purata Pendapatan Isi Rumah Rakyat Malaysia Naik Kepada RM8,479 Pada 2022

BACA JUGA: Tenaga Kerja Dipindahkan KKM, Hospital Selayang Dilaporkan Kekurangan Staff

BACA JUGA: Hukuman Sebat Jatuhkan Maruah, Kumpulan Sivil Tuntut Mansuhkan

“Penduduk yang baru selesai memasang bendera parti itu tidak berani meneruskan perjalanan pulang ke rumah, sebaliknya menunggu dulu sehingga beruang itu berlalu memasuki kawasan semak.”

“Sekarang musim pilihan raya, petugas politik biasanya menghabiskan masa pada waktu malam dengan memasang bendera di sekitar kampung dan tindakan itu kini mengundang bahaya.”

“Kita bimbang kejadian tidak diingini berlaku jika beruang itu muncul ketika petugas sedang memasang bendera pada waktu malam,” katanya.

Portal tempatan melaporkan, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan susulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: