Antarabangsa

Lawan Sikap Buli Barat, China Pertahan Hubungan Dengan Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 24 Februari 2023 – Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin telah membuat kenyataan bahawa walaupun unilateralisme Barat semakin meningkat dan landskap antarabangsa yang mencabar sejak kebelakangan ini, namun China tetap mempertahankan hubungan dengan Rusia yang semakin meluas.

Ini kerana hubungan politik China-Rusia yang stabil, hubungan ekonomi dan budaya yang kukuh dan diberkati dengan ketenangan yang terhasil daripada pemahaman dan kesedaran yang mendalam tentang pengalaman sejarah, katanya kepada pemberita di Beijing.

BACA JUGA: 50 Ribu Pelajar SPM Gagal Bahasa Melayu & Sejarah

Wang berkata Beijing dan Moscow sedang berusaha untuk mengukuhkan hubungan dan kekal komited untuk mengekalkan momentum yang kukuh dalam mengembangkan hubungan utama negara itu dengan Rusia.

BACA JUGA: Kartel ‘Kawal’ Harga Telur & Ayam, B60 Bakal Terkesan Teruk

China bersedia bekerjasama dengan Rusia dalam usaha mengukuhkan penyelarasan strategik, memperdalamkan hubungan politik, mengembangkan kerjasama praktikal, menjaga kepentingan kedua-dua negara dan memainkan peranan dalam mempromosikan keamanan dan pembangunan dunia.

BACA JUGA: AUKU Kekal – Menteri KPT

Jurucakap tersebut turut menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang gangguan atau paksaan oleh mana-mana pihak ketiga.

Menurutnya, yang lebih penting adalah aturan dunia multipolar dan demokrasi yang lebih luas dalam hubungan antarabangs, yang disokong bersama oleh China dan Rusia adalah selaras dengan trend masa kini dan menjadi aspirasi kebanyakan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: