Antarabangsa

Ayah Mangsa Mossad Tuntut Qisas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 10 Januari 2022 – “Saya akan menuntut hukuman qisas ke atas pembunuh anak saya dan saya akan melakukannya dengan tangan saya sendiri, seperti mana dibuat ke atas anak saya.”

Ayah kepada imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh menuntut hukuman qisas terhadap pembunuh anaknya.

Dr Fadi telah ditembak 10 kali di badan dan kepala sehingga mati pada 21 April 2018 sekitar jam 6 pagi ketika dalam perjalanan untuk solat berjemaah di masjid.

Pembunuh itu kini telah diberkas oleh pihak berkuasa Gaza setelah intipan dilakukan ketika dia menuntut pembayaran upah dari pihak Israel, di Gaza.

Ayah kepada saintis roket Palestin ini, Dr Fadi, menggambarkan peristiwa penangkapan pembunuh anaknya itu seperti penyerahan diri.

“Pembunuh anakku datang dengan kakinya sendiri ke Gaza walaupun Mossad cuba menyembunyikan pembunuhannya, dengan memberikan mereka pasport Serbia dan Montenegro.”

Jelas ayah asy-syahid Albatsh, beliau bukanlah berdendam tetapi ini terkait soal hati seorang ayah yang kehilangan anak kerana mati dibunuh.

“Allah. Ini bukan soal dendam tapi ini soal hati ayah yang koyak dan menahan sedih kehilangan orang yang paling dikasihi selama 4 tahun.”

Selepas pembunuhan asy-syahid Fadi Al-Batsh di Malaysia, Mossad terpalit dengan dua isu besar pada tahun 2019 dan 2021.

Yang pertama apabila 3 pegawainya membunuh diri dan yang kedua apabila 3 pegawai lain berpangkat tinggi yang memegang portfolio anti-terrorisme, bahagian operasi teknologi dan perekrutan pengintip meletakkan jawatan.

Insiden kedua peletakan jawatan berlaku pada November 2021, selari dengan waktu pembunuh Fadi ditangkap dan mengiktiraf tentang penglibatannya empat bulan lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: