Larangan Perkahwinan Sama Jenis Di Bermuda Berperlembagaan – Tribunal London
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BERMUDA, 21 Mac 2022 – Hakim Britain membenarkan larangan Bermuda terhadap perkahwinan sejenis untuk berada di bawah perlembagaannya.
Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy (JCPC) United Kingdom memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tertinggi Bermuda yang mengatakan larangan untuk perkahwinan sejenis itu tidak mengikut perlembagaan.
BACA: Perkahwinan Sejenis: Mustahil Tuhan Restui Dosa – Pope Francis
BACA: Vatican City Tolak Perkahwinan Sejenis, Jepun Pula Iktiraf
BACA: LGBT Bertentangan Dengan Undang-Undang Negara – Idris Ahmad
Malah, JCPC juga memutuskan bahawa tidak ada hak untuk perkahwinan sejenis di bawah perlembagaan di Kepulauan Cayman.
Peguam negara Bermuda mengemukakan rayuan kepada JCPC apabila mahkamah rayuan dan mahkamah agung negara itu memutuskan bahawa Seksyen 53 Akta Perkongsian Domestik (DPA) 2018 pulau itu mengehadkan kepada pihak kesatuan bahawa hanya perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita sebagai sesuatu yang sah.
Kes yang cuba untuk membuktikan hak perkahwinan gay itu dibangkitkan oleh enam orang termasuk Roderick Ferguson, seorang gay; Maryellen Jackson, seorang lesbian; dan badan amal LGBTQ Bermuda.
Para hakim yang bersidang di London membenarkan rayuan peguam negara Bermuda itu dengan majoriti empat berbanding satu.
“Tiada sekatan dikenakan ke atas penyembahan, pengajaran, amalan dan pematuhan daripada responden yang menunjukkan kesahihan akan perkahwinan sejenis. Perlindungan ‘amalan’ bukanlah satu keperluan untuk negara memberi pengiktirafan undang-undang kepada perkahwinan yang diraikan mengikut ‘amalan’ itu,” kata Lord Hodge dan Lady Arden dalam satu penghakiman bertulis.
Mereka juga berkata pengecualian pasangan sejenis daripada institusi perkahwinan tidak boleh dikaitkan berikutan responden adalah daripada jantina yang sama.
Pada 2018, pasangan lesbian di Kepulauan Cayman, Chantelle Day dan Vickie Boden Bush telah dinafikan lesen perkahwinan mereka berikutan pentakrifan perkahwinan dalam rang undang-undang berbunyi: “penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita sebagai suami dan isteri”.
Mereka menang dalam mencabar undang-undang namun mereka tewas sewaktu di mahkamah rayuan dan kes itu dibawa ke JCPC. Lima hakim yang sama untuk kes Bermuda menolak rayuan tersebut dengan sebulat suara.
Menurut penghakiman bertulis dari salah seorang hakim iaitu Lord Sales, beliau menyatakan bahawa tiada apa-apa di dalam perlembagaan yang boleh menghentikan undang-undang bagi membenarkan perkahwinan sejenis dan ia telah jelas ditulis di dalam rang undang-undang bahawa hak untuk berkahwin tidak merangkumi perkahwinan sejenis.