Tempatan

Larangan Menyauk Ikan Loma, Penduduk Hilang Punca Pendapatan Tambahan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GERIK, 23 September 2022 – Penduduk setempat kesal apabila Jabatan Perikanan Negeri tidak lagi membenarkan mereka menyauk ikan loma di Sungai Rui seperti kebiasaannya.

“Ini pertama kali penduduk dilarang menangkap ikan loma di sungai itu yang biasanya dilakukan pada musim tengkujuh atas sebab-sebab yang mereka tidak tahu,” kata Pengerusi Persatuan Anak-Anak Gerik di Perantauan, Tajuddin M. Ali.

Menurutnya, pekerjaan menyauk ikan itu bukan sahaja tradisi penduduk pada musim tengkujuh sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, tetapi ia juga menjadi pendapatan tambahan mereka.

“Larangan ini mengejutkan kerana menangkap ikan loma pada musim tengkujuh sudah menjadi tradisi penduduk sejak berpuluh-puluh tahun.”

“Sebenarnya, ia bukan sekadar tradisi tetapi memberikan sedikit hasil ketika penduduk yang tidak dapat menoreh semasa musim hujan,” katanya.

Menurutnya, ikan loma biasanya dibuat pekasam dan berharga antara RM4 hingga RM5 sekilogram.

Kesal dengan tindakan itu, mereka menuntut pihak berkuasa mengemukakan sebab larangan tersebut.

Menurut papan kenyataan notis awam, larangan menangkap ikan di sungai itu bermula minggu kedua hingga minggu ketiga bulan September tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button