Antarabangsa

Bunuh Saudara Albino Untuk Jadikan Tangkal Bekas Paderi Dijatuhkan Hukuman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MALAWI, 13 JULAI 2022 – Seorang lelaki telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh saudaranya sendiri. Pembunuhan tersebut telah dilakukan olehnya bersama empat orang lelaki lain pada tahun 2018.

Mangsa, Macdonald Masumbuka yang merupakan seorang lelaki tempatan yang berkulit albino telah dibunuh oleh saudaranya sendiri bagi tujuan mengambil bahagian badannya untuk dijual sebagai tangkal.

Antara yang terlibat dalam kes pembunuhan mangsa yang berusia 22 tahun itu adalah seorang bekas paderi Katolik, Thomas Muhosha, seorang ahli herba, seorang anggota polis serta dua orang lelaki lain. Namun ada di antara mereka yang menerima hukuman yang lebih ringan kerana dikatakan hanya terlibat dalam penjualan bahagian tubuh mayat Masembuka.

Sejak kes tersebut dibuka, Gereja Katolik tempatan telah menggantung Muhosha daripada jawatan paderi yang disandang olehnya sebelum ini.

Pada awal kejadian, mangsa telah dilaporkan hilang di bahagian selatan Machinga pada bulan Febuari 2018. Mangsa kemudiannya ditemui mati dalam keadaan kedua tangan serta kakinya telah dipotong.

Golongan berkulit albino telah menjadi sasaran pembunuhan di Malawi dan beberapa negara sekitar sejak dahulu lagi kerana dianggap mempunyai kuasa sakti, justeru bahagian badan serta tulang-tulang mereka digunakan dalam ritual pemujaan.

Disebabkan kepercayaan karut ini, pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ikponwosa Ero telah memberi amaran bahawa sekitar 10,000 orang albino akan mengalami kepupusan jika pembunuhan seperti ini terus berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: