Antarabangsa

Larang Masuk Alat Perubatan, Pakar Medik Gaza Lancar Perarakan Ambulans

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 10 Januari 2023 – Pakar perubatan Gaza melancarkan perarakan ambulans sebagai bantahan terhadap tentera penjajah rejim haram apartheid Israel yang menyekat import peralatan perubatan penting ke dalam wilayah itu.

Sebanyak 25 ambulans menyertai perarakan bantahan tersebut, di mana beberapa buah ambulans tertulis slogan bantahan seperti,

‘Sekatan berterusan ke atas Gaza adalah jenayah terhadap kemanusiaan.’

‘Institusi antarabangsa digesa menekan pendudukan untuk membenarkan peranti perubatan memasuki Gaza.’

‘Menghalang kemasukan alat perubatan adalah jenayah terhadap pesakit Gaza.’

Media antarabangsa melaporkan, Ashraf al-Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, perarakan itu diadakan susulan sekatan kemasukan empat mesin X-ray mudah alih dan peralatan perubatan penting yang lain ke Gaza.

BACA JUGA: Aktivis Puji Jabatan Pendidikan Johor Batal Program Selawat

BACA JUGA: Majlis 10,000 Tanglung Merah, Tanda Permulaan Baharu Malaysia – Lim Kit Siang

BACA JUGA: PM & Jokowi Sepakat Lawan Diskriminasi Minyak Sawit Eropah

Tegasnya, “Sekatan itu mendedahkan pesakit onkologi, jantung, strok, patah tulang yang kompleks dan rawatan rapi kepada risiko kesihatan.”

Bukan itu sahaja, ia juga membahayakan nyawa beberapa pesakit Palestin.

Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah Israel (COGAT) berkata, pihaknya telah ‘meluluskan puluhan permintaan penghantaran mesin X-ray ke Semenanjung Gaza termasuk dua mesin baru dan alat ganti.’

Namun kenyataan tersebut terbukti palsu apabila pakar perubatan Gaza terpaksa berhimpun membuat bantahan sekatan baru-baru ini.

Sejak 16 tahun lalu, pendudukan haram rejim Israel telah mengenakan sekatan kejam ke atas Gaza untuk menghimpit rakyat dan gerakan perjuangannya. Mereka melarang pengedaran makanan dan barangan yang penting untuk mengekalkan kehidupan rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: