Antarabangsa

Penerima Vaksin Covid Lebih Berisiko Dapat Penyakit Neurologi – GVDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 20 FEBRUARI 2024 – Sebuah kajian yang melibatkan data yang besar, iaitu seramai 99 juta individu daripada lapan buah negara telah menunjukkan bahawa kesan sampingan daripada pengambilan pelbagai jenis vaksin COVID-19 adalah lebih banyak daripada yang dijangkakan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa, Global Vaccine Data Network (GVDN) pada Isnin lalu.

Kajian yang pada asalnya telah diterbitkan oleh sebuah jurnal perubatan Vaccine pada 12 Februari lalu telah menemukan bahawa terdapat 13 keadaan yang berkaitan dengan neurologi, darah serta jantung yang berkaitan dengan pengambilan vaksin tersebut, yang mana ianya diistilahkan sebagai “adverse events of special interest”.

Kajian tersebut melibatkan seramai 99,068,901 individu yang divaksin daripada sepuluh kawasan berbeza dari lapan buah negara.

Menurut Kristyna Faksova, penulis utama kajian tersebut daripada Statens Serum Institut di Copenhagen Denmark, saiz populasi yang diambil dalam kajian tersebut telah meningkatkan kemungkinan bagi mengenalpasti potensi tanda keselamatan vaksin.

Menurut GVDN, kajian tersebut telah membuat pemerhatian terhadap peningkatan insiden kejadian miokarditis iaitu radang otot jantung serta perikarditis atau radang kantung jantung dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan jangkaan awal, dalam kalangan mereka yang mengambil suntikan Pfizer/BioNTech (BNT162b2) dan Moderna (mRNA-1273).

Penerima suntikan daripada Oxford/Astra Zeneca juga telah diperhatikan mempunyai tanda-tanda bagi perikarditis setelah mengambil suntikan kali ketiga.

GDVN telah memuat naik hasil dapatan kajian bagi tujuan rujukan orang awam. Pengarah bersama GVDN, Dr. Helen Petousis-Harris telah menyatakan,

“Dengan membuat data tersebut dapat diakses oleh orang awam, kami dapat meningkatkan ketelusan serta memperkasakan komunikasi dengan sektor kesihatan awam serta swasta.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: