Tempatan

Dana RM4 Bilion: Bersatu Dedah Penyata Akaun, Cabar PKR & DAP Buat Serupa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 01 Februari 2023 – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin menyeru Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) untuk turut sama menyiarkan penyata akaun susulan tuduhan berkaitan dana RM4 bilion.

“Bagi yang tuduh Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.”

“Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu. Ia telah difailkan di ROS dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya,” menurut kenyataan Marzuki di laman web Bersatu.

BACA JUGA: Badan Pemerhati Risau Pegawai KKM ‘Kantoi’ Jumpa Pemain Industri Tembakau

BACA JUGA: Liga Muslim Gesa Sweden & Denmark Ambil Tindakan Terhadap Rasmus Paludan

BACA JUGA: Kerajaan Akan Bincang KKM, Industri Untuk Komersilkan Ketum, Kanabis

Beliau menjelaskan, Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 dan meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021.

“Kalau RM4 bilion masuk dalam akaun Bersatu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan hebat betullah Bersatu,” jelasnya.

“Dah alang-alang tengok akaun Bersatu, mungkin elok juga tengok akaun PKR dan DAP termasuk akaun Amanah yang dipegang bagi pihak parti jika ada.”

“Maklumlah DAP jadi Kerajaan di Pulau Pinang dan PKR pun Kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan. Siasatlah dari mana sumber wang yang diterima oleh parti. Barulah fair and square.”

“Kalau tengok gaya belanja pilihan raya PH pun boleh tahan juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa dakwaan penyelewengan dana Kerajaan berjumlah RM92.5 bilion sewaktu pentadbirannya merupakan satu pembohongan besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: