NGO

Laporan Pro GBLT : Ustazah SUHAKAM Buat Apa? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Baru-baru ini, ramai tidak tahu yang SUHAKAM telah menghantar sebuah ‘laporan hak asasi manusia’ ke United Nations melalui Universal Periodic Review (UPR).

SUHAKAM adalah wakil kerajaan (sebagai agensi khusus) dalam perihal hak asasi manusia di UPR. Ini bermakna, apa yang dituliskan oleh SUHAKAM adalah secara tidak langsung adalah pendirian kerajaan.

Laporan kali ini menekankan beberapa kali tentang hak golongan LGi Bi Ti yang perlu dilindungi, termasuk dari ‘dicabul’ oleh autoriti agama.

Lebih menimbulkan kemarahan kita ialah, SUHAKAM sudah mula menggunakan istilah yang merujuk kepada gender ketiga, iaitu ‘tidak binari’. Yang mana di Barat, golongan ini kini tidak dirujuk sebagai ‘he’ atau ‘she’ tetapi ‘zhe’ atau ‘they’.

Jika diperhatikan lagi, tidak ada sepatah pun perkataan ‘islamofobia’ di mana terlalu banyak isu-isu pencabulan hak asasi di Malaysia juga berlaku.

Ingatkah kita beberapa bulan lalu ada pekerja dibelasah kerana berpuasa? Ini tiada pun disebut walaupun ianya isu nasional yang terang-terang mencabul hak seseorang.

Malah, ‘Islam’ banyak disebut dalam konteks Islam yang menjadi masalah (bagi mereka), seperti isu murtad, pertikaian penjagaan anak, masalah jabatan agama dan mahkamah Syariah.

Yang lebih menghampakan lagi, kes Adib langsung tidak disebut. Tidakkah mereka memperjuangkan hak penjawat awam untuk bekerja dengan selamat?

Alangkah baiknya jika kes Adib ini dibawa oleh SUHAKAM ke pentas dunia (United Nations) sebagai pengabaian hak asasi penjawat awam, tetapi golongan songsang juga yang dijuarakan.

Saya dapat maklumat bahawa Naib Pengerusi SUHAKAM adalah seorang ustazah dan dilantik atas latar belakang Syariah yang dimilikinya.

Apakah SUHAKAM mengabaikan input daripada beliau, ataupun beliau sendiri berdiam diri melihat kemungkaran-kemungkaran ini? Atau lebih teruk beliau sendiri memperjuangkannya?

Nauzubillahminzalik. Selamatkan Malaysia ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera my*

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button