Antarabangsa

Pendakyah Terkemuka Kristian Kunyah Al-Quran, Buat Origami Bentuk Babi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Dr David Wood, pendakyah terkemuka agama Kristian baru-baru ini membuat video bagaimana mengajar cara membuat origami membentuk kubu dengan menggunakan keratan-keratan helaian al-Quran sebagai hadiah Krismas, kononnya sebagai “seni menukarkan kejahatan kepada suatu yang cantik.”

Video khas menghina al-Quran sempena meraikan hari kelahiran Tuhan kepercayaan mereka itu sudah pun mendapat lebih 900 ribu tontonan di Youtube.

“Sebagai seorang Kristian, saya sayang dan muliakan semua orang.”

Akan tetapi beliau merasa terpaksa membuat video menghina kitab suci umat Islam itu sebagai respon kepada tindakan umat Islam membuat ‘aduan-aduan palsu’ kepada pihak Youtube terhadap video-video dakyah Kristian yang mengkritik agama Islam.

“Saya percaya kita perlu membalas kejahatan dengan seni.”

Menurut pendakyah yang dikagumi ramai sarjana Kristian termasuk Mike Licona dan William Lane Craig itu, kubu istana daripada helaian al-Quran yang dikerat-kerat itu boleh menjadi “tempat perlindungan bagi mereka yang perlu berlari dan bersembunyi kerana tidak mampu menghadapi realiti.”

Beliau sebelum ini pernah mengoyak helaian al-Quran, menyumbatkan ke dalam mulut, mengunyah buat beberapa ketika sebelum meludahkannya kembali dengan gaya menghina dalam sebuah video secara langsung bersama dua orang lelaki murtad di Youtube.

Salah seorang lelaki murtad itu berjenaka helaian al-Quran akan keluar melalui saluran najis pendakyah Kristian tersebut manakala seorang lagi berkata jin dalam tubuh David Wood sudah melarikan diri kerana aksi memakan al-Quran tersebut.

Video tersebut menerima tontonan lebih 120 ribu kali dan menerima ribuan pujian daripada para penyokong David Wood.

David Wood juga telah membuat video membuat origami berbentuk babi dan kambing dengan menggunakan helaian naskhah al-Quran dan kemudian membuat lelongan di laman eBay.

Pengasas The Acts 17 Apologetics Ministry tersebut sebelum ini pernah berdebat dengan ramai pendebat dari kalangan pendakwah Islam termasuk ilmuan seperti Dr Shabir Alley di dewan awam dan di hadapan para penuntut institusi pengajian tinggi.

Beliau juga beberapa kali telah mencabar Dr Zakir Naik untuk tampil berdebat dengan beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: