Laporan Polis Terhadap Timbalan Menteri Agama
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELANGOR, 18 April 2022 – Beberapa pihak tampil membuat laporan polis ke atas Timbalan Menteri Agama, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary berikutan satu hantaran kontroversial yang dibuat oleh beliau selepas Sultan Selangor menitahkan supaya JAKIM tidak masuk campur dalam hal Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI).
Penulisan yang menjadi subjek kontroversi tersebut diterbitkan melalui laman Facebook milik YB Datuk Ahmad Marzuk pada tarikh 9 April 2022 dengan tajuk “Laknat Allah Ke Atas Mereka Yang Menyembunyikan Kebenaran”.
BACA: Lelaki Gay Guna Quran Lap Lantai
BACA: Bukan Salah Mereka Minum, Lainlah Kalau Mereka Memandu – Syed Saddiq
BACA: Malaysia Negara Islam Mengarut – Gay Murtad IPT Selangor
Laporan yang dikirimkan kepada samudera.my, antara lain menyebut penulisan yang dimuatkan di dalam hantaran Facebook beliau dilihat menimbulkan isu apabila banyak pihak mendakwa komen-komen yang dimuatkan netizan rata-rata mendakwa posting laknat tersebut seperti ditujukan kepada Sultan Selangor sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) atas kenyataan baginda mengenai JAKIM.
Pihak yang membuat laporan menyatakan, jika benar dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan YB Ahmad Marzuk menujukan penulisan laknat tersebut kepada Sultan Selangor, ini merupakan satu perkara serius yang perlu dikenakan tindakan undang-undang.
Pihak yang membuat laporan polis tersebut menyatakan tujuan laporan polis tersebut dibuat ialah supaya satu bentuk siasatan dapat dijalankan oleh pihak polis untuk menyiasat kebenaran sama ada benar penulisan YB Ahmad Marzuk itu ditujukan kepada Sultan Selangor sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) di bawah Majlis Raja-Raja Melayu atau pun sebaliknya.
Pihak samudera.my juga turut dimaklumkan beberapa laporan polis dalam isu yang sama turut dibuat di beberapa negeri lain.