Antarabangsa

Diskriminasi Terhadap Orang Muslim Akan Meningkat Di bawah Pentadbiran Rishi Sunak – Penganalisis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 20 November 2022 – Lebih banyak diskriminasi akan dihadapi umat Islam di bawah pemerintahan Perdana Menteri Baharu Britain, Rishi Sunak.

Jangkaan itu dibuat oleh seorang saintis politik Britain berdasarkan retorik diskriminasi terhadap umat Islam oleh Rishi Sunak.

Suella Braverman, Setiausaha Dalam Negeri Britain dilantik Sunak, mendapat kecaman akhir bulan lalu selepas menyifatkan individu memohon suaka di negara itu, yang mana ramai berkulit gelap dan selalunya dari negara Islam, sebagai satu “pencerobohan”.

Walaupun mengeluarkan kenyataan berunsur kebencian, Braverman tetap lagi kekal di jawatannya sehingga kini.

Kenyataan Braverman dan kenyataan Sunak tentang Islam dan ekstremisme menunjukkan hala tuju dasar imigresen kerajaan, kata Muhammed Cagri Bilir dari Pusat Pengajian Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Leeds.

“Apabila Sunak melancarkan kempen untuk kepimpinan Konservatif (menjadi Perdana Menteri), dia menerbitkan wacana seperti memerangi ‘ekstremisme Islam’ dan menyamakan Islam dengan keganasan.”

“Dia juga dikritik kerana mengabaikan tuntutan timbalan menteri Islam untuk mewujudkan pendirian jelas menentang Islamofobia. Akibatnya, beliau menerima banyak kritikan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: