Tempatan

Laporan Keputusan Tuduhan Gangguan Seksual Tidak Sehebat Ketika Tuduhan Dibuat – Prof Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berpendapat bahawa media jarang melaporkan keputusan mereka yang dibebaskan dari tuduhan, bahkan begitu ketara sehingga tidak sehebat ketika laporan dibuat berkenaan kes-kes atau tuduhan gangguan seksual.

Tambah beliau, itu adalah fakta dan realiti yang terjadi di negara ini.

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat

Sedangkan, tuduhan gangguan seksual adalah amat berat sehingga dengan mudah boleh menjatuhkan reputasi seseorang, ujar Profesor Dr Rafidah Hanim.

Profesor Perubatan USIM itu turut menambah, sepatutnya siasatan perlu disegerakan, tapi perlu juga untuk menunggu keputusan mahkamah.

Beliau yang menyatakan pendapat berkenaan perkara tersebut, turut berkongsi berita gembira mengenai seorang mudir sebuah madrasah yang dibebaskan daripada tiga tuduhan serangan seksual selain dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi tuduhan, selepas seorang mangsa mengakui membuat laporan palsu terhadapnya.

Menurut laporan, ketika perbicaraan, saksi pertama memberitahu mahkamah sewaktu soal balas bahawa dia dan empat rakannya membuat tuduhan terhadap mudir tersebut, Anuar Che Ani, 36, selepas ditangkap dengan bahan pornografi di madrasah itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: