Tempatan

Lapor Polis Supaya Semua Yang Difitnah Buku Tommy Mendapat Keadilan – Tan Sri Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Apandi Ali hari ini membuat laporan polis ke atas isi kandungan buku kontroversi Tommy Thomas.

Beliau menjelaskan tujuan laporan polis ini dibuat ialah bagi mendapatkan keadilan kepada semua pihak yang telah dianiaya, difitnah dan dihina di dalam buku penulisan tersebut. Penjelasan ini dimuatkan di dalam kenyataan akhbar beliau yang bertarikh 4 Februari 2021.

“Apa yang terkandung di dalam buku tersebut menunjukkan sifat beliau yang memandang rendah dan tidak menghargai individu-individu yang merupakan tulang belakang negara.”

Tan Sri Apandi di dalam kenyataan akhbarnya turut menjelaskan mengenai kualiti pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara semasa beliau berkhidmat sebelum ini. Mereka antara lain menurutnya, bersifat mulia dan rajin serta bekerja tanpa kenal penat dan sanggup bekerja tanpa kenal masa.

“Walaupun saya dilemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah semasa saya menjadi Peguam Negara, saya tidak akan sekali-kali melepaskan satu pun cerita atau maklumat, walaupun dalam buku-buku memoir saya kerana semua yang saya tahu adalah rahsia negara.”

Beliau turut menegaskan mengenai kata-kata hikmat yang beliau pegang.

“Knowledge is knowing what to say; wisdom is knowing when to say it.”

Selain laporan polis yang dibuat oleh Tan Sri Apandi Ali ke atas buku Tommy Thomas, terdapat beberapa pihak lagi mengambil tindakan sama termasuk Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan peguamnya untuk menuntut kenyataan Tommy Thomas dalam bukunya ditarik balik berserta permohonan maaf.

Memoir Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’  diterbitkan GB Gerak Budaya.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button