Tempatan

Lapan Lokasi Di Marang Berpotensi Alami Gangguan Bekalan Air Aidilfitri Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 12 April 2023 – Lapan lokasi di daerah Marang dijangka mengalami isu bekalan air tidak stabil atau bertekanan rendah menjelang Aidilfitri ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Abdul Karim Endut.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Gong Kasim, Bukit Kecil, Durian Pahit, Gong Balai, Pasir Putih, Alor Ketitir, Fakir dan Felda Rantau Abang 1.

Kata beliau, ia adalah susulan daripada peningkatan jumlah pengguna sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

BACA JUGA: 2 Warga Indonesia Larikan Diri Dalam Perjalanan Ke Penjara Kini Diburu

BACA JUGA: Sulu: Fuad A Kiram Diklasifikasikan Pengganas

BACA JUGA: Op Bersepadu JPJ Dilaksana Sempena Aidilfitri

Mengulas lanjut, masalah gangguan bekalan air tersebut adalah berpunca daripada projek menaiktaraf paip utama dari LRA Kepong ke tangki utama MIEL dan Gondang.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komponen utama projek Kuala Terengganu Utara (KTU) bagi meningkatkan keupayaan bekalan air ke Marang yang masih belum siap sepenuhnya dan sudah mencapai tahap 90 peratus.

Sehubungan itu, SATU telah mengambil langkah proaktif dengan menempatkan tangki statik di 32 lokasi yang telah dikenal pasti supaya para pengguna mendapat bekalan air bersih Aidilfitri ini.

Dalam masa yang sama, semua kerja yang boleh mengganggu operasi loji dalam tempoh seminggu sebelum raya dan seminggu kemudiannya turut akan dihentikan supaya operasi loji dapat dikekalkan, kata beliau dalam Majlis Iftar dan Apresiasi Bersama Media di Hotel Paya Bunga, semalam.

“Kita sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bagi memastikan pengoperasian yang lebih efisien, dinamik dan memberi keselesaan kepada pengguna terutama menjelang Aidilfitri,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: