Antarabangsa

Sambut Tiga Perayaan Yahudi, Israel Sekat Rakyat Palestin Keluar Tebing Barat Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 21 September 2022 – Berikutan sambutan tiga perayaan keagamaan Yahudi, rejim haram aparteid Israel akan menutup Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sekali gus menyekat rakyat Palestin keluar dalam tempoh hampir sebulan.

Menurut kenyataan dari tentera rejim haram aparteid itu lagi, rakyat Palestin tidak dibenarkan memasuki Israel semasa sambutan tahun baharu Yahudi, Rosh Hashana dan Yom Kippur berlangsung.

“Ketika penutupan tersebut, laluan hanya dibenarkan untuk kes kemanusiaan, perubatan dan kes luar biasa.”

Tentunya arahan penutupan berkenaan memuncakkan lagi ketegangan antara rakyat Palestin dan Israel selepas beberapa siri serangan Mac lalu.

Sejak Mac 2022, rejim haram aparteid Israel telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat terutamanya di Nablus dan Jenin yang didakwa menjadi ‘kawasan aktif’ kumpulan bersenjata Palestin.

Tentera rejim haram aparteid mendakwa operasi itu bertujuan menangkap orang yang disyaki melakukan ‘keganasan’.

Pertempuran terbabit menyebabkan berpuluh-puluh rakyat Palestin termasuk anggota kumpulan bersenjata terbunuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: