Tempatan

Lanun Berpesta Rompak Di Selat Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 05 Mac 2022 – Selat Singapura menjadi lubuk lanun ‘berpesta’ melakukan serangan dan rompakan bersenjata apabila lebih separuh insiden direkodkan di perairan itu sepanjang 2021.

Pusat Perkongsian Maklumat, Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Memerangi Kegiatan Lanun dan Rompakan Bersenjata ke atas Kapal di Asia (ReCAAP) melaporkan sebanyak 49 kes serangan direkodkan di perairan itu dan ia adalah yang tertinggi dalam tempoh enam tahun melebihi separuh insiden yang direkodkan di Asia iaitu 82 kes.

Masafumi Kuroki, Pengarah Eksekutif ReCAAP memaklumkan antara punca peningkatan serangan bajak laut itu adalah disebabkan faktor pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi banyak kawasan dan wilayah.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kes serius yang melibatkan penculikan dan pembunuhan anak kapal dilaporkan.

Menurut pusat perkongsian maklumat maritim ReCAAP, hampir 70 peratus kes serangan di perairan itu di tahap keseriusan kategori empat iaitu paling kurang serius seperti kecurian kecil tanpa bertemu muka dengan kru kapal.

Pada 2021, insiden rompakan bersenjata di Selat Singapura banyak melibatkan kapal-kapal besar seperti kapal-kapal induk, minyak dan kargo serta berlaku di sebelah malam.

Justeru, beliau berharap agar kegiatan haram lanun ini dapat dihentikan secepat mungkin. Beliau mengesyorkan agar penyelarasan antara Singapura, Malaysia dan Indonesia dikukuhkan selain bertindak pantas terhadap insiden yang dilaporkan kapal.

Malah, beliau menuntut agar pelaku ditangkap dan didakwa kerana ia menjadi pencegahan penting untuk mengurangkan insiden serangan bajak laut ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: