Antarabangsa

Monkeypox: Kes Pertama Di Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 26 Julai 2022 – “Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an dengan sejarah perjalanan ke luar negara yang pulang dari Eropah. Ini kes cacar monyet pertama di Jepun,” maklum Gabenor Tokyo, Yuriko Koike dalam satu laporan mengenai kes monkeypox pertama di negara itu.

Media tempatan berkata, lelaki tersebut dimasukkan ke hospital di Tokyo tanpa memberi butiran lanjut dan kes beliau telah dilaporkan beberapa jam selepas kerajaan Jepun mengadakan mesyuarat pasukan bertugas bagi mengumpul maklumat serta bersedia untuk menguji dan menerima pesakit.

Panel kementerian kesihatan Jepun akan membincangkan pada Jumaat sama ada vaksin cacar yang disimpan di negara itu boleh digunakan untuk merawat wabak cacar monyet ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengumumkan jangkitan monkeypox sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC)).

Pengisytiharan tersebut dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya adalah peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox.

Menurut media tempatan The Malaysian Insight, lonjakan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei di luar negara Barat dan Afrika Tengah yang mana penyakit itu sudah lama menjadi endemik.

“Sebanyak 95% kes disebarkan melalui aktiviti seksual, menurut kajian terhadap 528 orang di 16 negara yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine – penyelidikan terbesar setakat ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: