Tempatan

Lantang Sokong Pembebasan Palestin, Malaysia Kerap Terima Serangan Siber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2024 – Malaysia sering menerima serangan siber susulan kelantangan negara menyokong pembebasan Palestin, lapor Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Muda Datuk Mohd Fadzli Kamal Mohd Mohaldin kepada media.

Menurut beliau, sistem pertahanan semakin kerap menerima serangan seumpama itu apabila negara tertentu terus menyuarakan pendirian mereka dalam isu antarabangsa.

Jelasnya, “Apabila negara kita menyatakan sokongan kepada isu dunia, adalah pihak yang tidak puas hati. Serangan siber itu adakalanya dilakukan oleh individu tertentu atas tujuan peribadi dan berselindung di sebalik isu yang ada ini.”

“Mereka menyamar kononnya pro-Israel atau pro kepada negara-negara lain yang tidak bersetuju dengan kita (Malaysia). Dalam dunia siber ini senang nak menyamar dan untuk mengesan originality (keaslian) itu mengambil masa.”

Bagaimanapun, tegasnya, pihak ATM sentiasa bersiap sedia menangani sebarang serangan siber terhadap sistem pertahanan negara.

Terdahulu, Malaysia secara berterusan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dengan mengadakan himpunan solidariti di kebanyakan tempat seluruh negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: