Antarabangsa

Langgar SOP: PM Thailand Didenda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BANGKOK, 27 April 2021 – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan tidak memakai pelitup muka semasa mesyuarat Rumah Kerajaan, pagi Isnin.

Prayuth yang juga Menteri Pertahanan adalah antara orang yang terawal dikenakan denda kerana melanggar SOP Covid-19 pada hari pertama peraturan wajib memakai pelitup muka berkuat kuasa oleh pihak berkuasa di Bangkok.

Menurut laporan media Bangkok Post, sekeping gambar Prayuth tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut tular di media sosial semalam. Walaubagaimanapun, gambar tersebut yang dimuat naik oleh Facebook rasmi Prayuth sudah dipadam.

Namun, menurut Facebook Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang, beliau telah membuat aduan terhadap Perdana Menteri tersebut.

“Perdana menteri diberitahu bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, semasa di luar kediaman dan beliau bersetuju untuk membayar denda” tambah Aswin.

Susulan lonjakan angka kes Covid-19 di negara itu, Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand telah menetapkan denda maksimum 20,000 baht kepada orang yang melanggar peraturan.

“Bagaimanapun, pegawai penguat kuasa mungkin menimbangkan pertuduhan yang lebih ringan berdasarkan peraturan berkaitan denda itu, yang antara lain menetapkan denda 6,000 baht bagi kesalahan kali pertama, 12,000 baht bagi kali kedua, dan 20,000 baht bagi kali ketiga.”

Semalam, 26 April merupakan hari pertama peraturan memakai pelitup muka di tempat awam dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 di Bangkok.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: