Tempatan

Langgar Mati Polis Ketika Mabuk, Kalaichelvan Dipenjara 4 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 18 Mac 2022 – K. Kalaichelvan dijatuhi hukuman penjara 4 tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Seksyen selepas mengaku bersalah atas kesalahan memandu ketika mabuk yang mengakibatkan kematian seorang anggota polis yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan mengakibatkan kematian Korporal Safwan Mohamad Ismail, 31 tahun sewaktu sekatan jalan raya (SJR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lebuhraya Kajang-Seremban pada 2.10am, 3 Mei 2020.

Lelaki berusia 45 tahun itu juga dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan disebabkan kegagalan beliau mematuhi arahan seorang pegawai polis yang meminta beliau menghentikan kenderaan sebelum sampai di sekatan.

Kalaichelvan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas semua kesalahan sewaktu dibicarakan pada 13 Mei 2020, namun menukar pengakuannya kepada bersalah baru-baru ini.

Beliau juga dihalang untuk memegang atau memohon untuk memiliki lesen memandu selama lima tahun.

Peguam beliau, K. Veeranesh Babu berkata bahawa anak guamnya sudah pun menyesal dan meminta agar dikenakan hukuman ringan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: