Tempatan

Laluan ECRL Libat Empat Daerah Di Selangor, Tanah Seluas 758 Hektar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 03 Disember 2022 – Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal melibatkan empat daerah di Selangor meliputi kawasan tanah seluas 758.47 hektar.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Infrastruktur, Ng Sze Han berkata, daerah terbabit adalah Gombak, Klang, Kuala Selangor dan juga Hulu Selangor.

Pembinaan sepanjang 90.27 kilometer (km) itu membabitkan arah tanah sepanjang 33.93 km, terowong sepanjang 28.5 km dan jajaran bertingkat sepanjang 27.84 km.

Tambahnya ketika menjawab pertanyaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, “Pembinaan itu membabitkan jajaran sepanjang 158.33 km di daerah Gombak, Hulu Selangor (169.09 km), Kuala Selangor (118.78 km) dan Klang (131.82 km) bagi jajaran C2.”

Beliau turut menjelaskan, tiada perubahan terhadap jajaran ECRL yang telah dimuktamadkan pada tahun 2020 iaitu menggunakan jajaran di kawasan utara Selangor.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, Kerajaan Negeri berharap cadangan untuk mewujudkan laluan rel di selatan negeri itu mendapat pertimbangan kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, kerajaan Selangor menegaskan pendirian untuk memilih jajaran selatan membabitkan Hulu Langat, Sepang dan Pelabuhan Klang. Namun pentadbiran bersetuju untuk menerima cadangan jajaran utara dan berharap projek ECRL mengambil kira impak terhadap alam sekitar dan sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: