Tempatan

Laluan Dinaiki Air, Lebih 10,000 Orang Asli Terputus Hubungan Di Gua Musang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUA MUSANG, 26 Disember 2023 – Lebih 10,000 Orang Asli suku Temiar yang mendiami daerah Gua Musang terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan penempatan mereka mula dinaiki air selain turut berlaku tanah runtuh.

Memetik laporan, pos yang terlibat antaranya adalah penduduk di sekitar Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, Pos Balar, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Gob dan Pos Tohoi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbudin Hashim, hanya dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini di RPS Kuala Betis dan bantuan makanan sudah mula dihantar kepada penduduk yang terkandas sejak semalam oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, pihak JKM terpaksa menggunakan bantuan lori APM bagi menyalurkan bantuan makanan tersebut berikutan jalan yang sudah dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh lori agensi tersebut.

Antara kampung yang telah pun terputus hubungan ialah Kampung Teranek, Kampung Lambok, Kampung Jias dan Kampung Setawar, katanya.

“Dianggarkan hampir 10,000 penduduk Orang Asli kini terputus hubungan di daerah ini susulan hujan berterusan yang berlaku sejak empat hari lalu. Ia termasuklah Pos Blau dan Pos Brooke,” jelas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: