Laknat Kepada Amerika Syarikat!!! – Lukman Sheriff
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2022 – “Laknat kepada Amerika Syarikat. Janganlah pula ada rakyat kita terutamanya dari bandar yang agungkan atau mendewakan Amerika Syarikat,” peguam, Lukman Sheriff menempelak tindakan-tindakan Amerika yang jelas mencari kekacauan dan peperangan di rantau Malaysia dalam satu hantaran yang dibuat melalui laman Facebook miliknya.
Menurut Lukman Sheriff, selagi perang tidak berlaku di Amerika Syarikat, maka selagi itu lah mereka akan terus berani mencetus kekacauan, ketegangan dan huru-hara.
“Jahat betul Amerika Syarikat ni. Mentang-mentang mereka kuasa besar dunia, mereka salah guna kedudukan mereka. Kita pula akan terkesan dan selepas ini dipaksa membuat pilihan untuk menyokong mereka. Pelosi sebenarnya tak perlu pergi ke Taiwan tapi nak juga pergi ke Taiwan sebab nak tunjuk Amerika Syarikat kuat dan berani menentang China.”
Tambah beliau, dalam menjustifikan niat dan perbuatan jahat itu, Pelosi mendakwa kononnya lawatan ini penting untuk menegakkan peraturan berasaskan arahan, kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia dan sebagainya. Pelosi dalam satu laporan berkata, lawatan rantau ini akan dapat menghasilkan “Kepercayaan baharu dan pengukuhan keazaman bersama kami dalam memperkukuhkan komitmen bersama dan yakin dalam menegakkan nilai-nilai yang diterajui oleh moral dan norma antarabangsa bertunjangkan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan menghormati hak asasi manusia.”
“Amerika Syarikat yang yakin dan tidak mengalah dalam menegakkan lambang sejagat demokrasi, kebebasan, keadilan sosial, ekonomi bebas dan terbuka serta kemakmuran yang saksama akan berfungsi sebagai sokongan utama dalam mengekalkan perdagangan dan pertukaran ekonomi yang bebas, adil dan terbuka.”
“Celaka betul US ni,” tegas peguam tersebut yang sudah sangat muak dengan sikap hipokrit Amerika Syarikat. Mereka berlawan dengan China kerana negara itu telah menggugat kedudukan ekonomi dan teknologi mereka. Apabila China jauh ke hadapan dalam teknologi seperti 5G misalnya, Amerika Syarikat “melarang secara unilateral” ekspot “pemproses” satu dunia cip ke China.
“Adakah tindakan sebelah pihak ini menghormati peraturan perundangan? Apa kebebasan dan keadilan yang mereka lakukan?” soal beliau yang mendapati satu daripadanya adalah tidak.
Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) berpandangan, semua itu digunakan sebagai alasan kelentong untuk menyokong salah kuasa mereka.
“Ini belum lagi ungkit isu Pal… yang mana mereka mendokong polisi pembersihan kaum dan apartheid. Mereka sebenarnya bukan pejuang ini pun. Alasan ini digunakan hanya untuk mencampuri, memulakan kekacauan dan menyerangi negara lain,” ujarnya.
Bagaimanapun, Lukman Sheriff berkata, ini tidak bermakna kita tidak boleh setuju atau menyokong polisi-polisi lain Amerika Syarikat terutamanya yang memanfaatkan negara. Tetapi janganlah ketengahkan naratif mendewakan atau mengagungkan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara hak asasi manusia, peraturan perundangan, demokrasi terulung dunia dan kita patut contohi Amerika Syarikat.
“Dah tak masuk akal,” katanya.