Antarabangsa

Lagi Tindakan Pijak, Koyak & Bakar Al-Quran Di Belanda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELANDA, 25 Januari 2023 – Selepas tindakan membakar al-Quran oleh Rasmus Paludan di Sweden, lagi tindakan biadap memijak, mengoyak dan membakar al-Quran yang dipercayai berlaku di Belanda.

Memetik kepada sebuah berita tempatan, tindakan biadap itu dilakukan oleh ketua pelampau berhaluan kanan Gerakan Anti-Islam Eropah (PEGIDA), Edwin Wagensveld di suatu lokasi di Belanda.

Menurut sebuah berita antarabangsa pula, Edwin mendakwa bahawa beliau telah pun mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan pemusnahan al-Quran.

BACA JUGA: CPTPP: Mana Suara Parti Politik Melayu?

BACA JUGA: Akar Umbi UMNO Belum Terima Anwar, DAP – Penganalisa

BACA JUGA: Islamofobia Senjata Kebencian Untuk Merampas Hak Pemerintahan Muslim

“Tidak lama lagi, akan ada pendaftaran untuk tindakan yang sama di beberapa bandar, masa untuk menjawab tidak hormat daripada Islam dengan tidak hormat.”

“Setelah menikmati makanan yang enak dan minum bersama kumpulan kami, sudah tiba masanya untuk membakar jenazah al-Quran,” katanya dalam sebuah video yang tular di laman sosial.

Sebelum ini juga, Edwin pernah ditahan dua bulan lalu kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W menggunakan megafon namun beliau terlepas daripada didakwa kerana didapati tidak melakukan jenayah.

Baru-baru ini, seorang ahli politik Sweden, Rasmus Paludan telah mencetuskan sentimen keagamaan dengan membakar al-Quran dalam sebuah demo yang diadakan berhampiran kawasan yang dihuni oleh Muslim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: