Tempatan

Hubungan Dengan Singapura Lebih Masuk Akal Dari Kereta Api Laju Bangkok – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 07 Mac 2022 – Kerajaan perlu terlebih dahulu membina Cadangan Projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura berbanding HSR Kuala Lumpur-Bangkok, tegas Goh Bok Yen, seorang pakar pengangkutan.

Ini kerana hubungan dengan Singapura lebih masuk akal dari segi ekonomi kerana ia akan memasuki pasaran antarabangsa negara itu dan akan menjamin kesan limpahan di Malaysia.

Beliau menegaskan cadangan HSR Kuala Lumpur-Bangkok bukan idea yang baik.

“Saya tak nampak apa-apa sebab untuk kita berhubung dengan Bangkok kerana aktiviti ekonomi teras (kita) dengan Thailand bukan dengan ibu negaranya, tetapi dengan bandar-bandar sempadan di utara.”

Ujar beliau lagi, Kerajaan harus “berfikiran wajar” dan menyiapkan laluan KL-Singapura sebelum mengembangkannya ke Bangkok.

“Mengapa seseorang mahu mengembara sejauh 1,500km ke Bangkok? Apa tujuannya? Mengapa perlu susah payah berusaha ke Bangkok sedangkan laluan penting ke Singapura tidak lengkap?”, soal perunding pengangkutan selama 30 tahun itu lagi.

Pada Januari 2021 yang lalu, Malaysia dan Singapura dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350 kilometer ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember lalu.

Berikutan itu, Malaysia membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: