Antarabangsa

Kemarau & Gelombang Haba Terburuk Ganggu Hasil Pertanian China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 24 Ogos 2022 – Hasil tanaman musim luruh China berdepan dengan ancaman teruk ekoran peningkatan suhu tinggi dan kemarau melampau sehingga pihak berkuasa mengeluarkan amaran menggesa agar beberapa langkah diambil bagi melindungi tanaman sepanjang musim kemarau.

Menurut Kementerian Pertanian, negara yang memegang ekonomi kedua terbesar di dunia itu dilanda musim panas melampau sehingga memecah rekod 60 tahun lalu khususnya di kawasan Selatan China.

“Kemarau panjang yang ditambah pula dengan suhu tinggi dan gelombang haba telah menyebabkan ancaman teruk kepada pengeluaran tanaman musim luruh.”

Untuk mengatasi masalah itu, empat jabatan kerajaan telah mengeluarkan notis pada hari Selasa lalu untuk menjalankan pemuliharaan ‘setiap unit air’ bagi melindungi tanaman termasuklah pengairan berperingkat dan pembenihan awan.

Selain itu, beberapa wilayah di China juga telah mengumumkan pemotongan bekalan elektrik untuk menampung lonjakan permintaan yang sebahagiannya memohon untuk menghidupkan penghawa dingin bagi menghadapi suhu setinggi 45°C.

Kota-kota besar seperti Shanghai dan Chongqing telah memotong bekalan elektrik untuk lampu hiasan luar, manakala pihak berkuasa di barat daya wilayah Sichuan telah memotong kuasa industri apabila paras air menurun di loji hidroelektrik utama.

Dalam pada itu, menurut agensi berita negara tersebut, lebih 1,500 orang di kawasan sekitar Chongqing telah dipindahkan pada Isnin lalu selepas keadaan panas dan kering mencetuskan beberapa kebakaran hutan.

Perkhidmatan meteorologi China telah memperbaharui amarannya untuk kemarau dan suhu tinggi pada hari Selasa lalu dan menyeru 11 kerajaan wilayah untuk ‘mengaktifkan’ tindak balas kecemasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: