Tempatan

Lagi Kisah Murid-Murid Sabah Gadai Nyawa Pergi Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 03 Ogos 2022 – Tular satu lagi video memaparkan sebilangan murid sekolah lengkap beruniform dilihat menaiki sampan menyeberangi sungai demi menuntut ilmu.

Menerusi perkongsian seorang pemilik akaun Twitter, kejadian ini difahamkan berlaku di Kampung Mangkabusu, Pitas, Sabah.

Video berdurasi 1:48 minit itu menunjukkan murid-murid tersebut tidak memakai jaket keselamatan ketika menaiki sampan, namun ada juga sebahagiannya yang memakai jaket keselamatan sambil menunggu giliran di tebing sungai.

“Walaupun exam UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan, pelajar-pelajar ini tetap gigih pergi ke sekolah. Semoga ada tindakan lanjut dapat dilakukan dengan kadar segera,” kata pemilik akaun Twitter tersebut.

Kejadian menyayat hati ini turut mendapat perhatian dari pengguna Twitter yang lain.

“Pelajar di Sabah, cabarannya ke sekolah memang susah tahap dewa – kena seberang jambatan paip, naik tong dram, naik rakit, naik sampan,” kata @azrulazimi.

“Aku tengok pun aku rasa bersalah… pemimpin-pemimpin kita tak ada perasaan ke???” ujar @sirsazly.

“Nangis aku tengok video ni. Menteri sibuk kumpul kekayaan mereka. Sedangkan rakyat kekal terbeban,” tambah @ketua_darjat

Setakat ini, perkongsian video ini telah mendapat sambutan ramai dengan 1,580 likes dan 1,776 retweet di mana rata-rata bersimpati dengan nasib anak-anak di Sabah.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa orang pelajar yang dilihat sanggup bergadai nyawa menyeberangi arus sungai deras dengan hanya berpaut pada laluan batang paip besi demi menghadiri peperiksaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: