AntarabangsaTerkini

Lagi Kejadian Karikatur Nabi Muhammad Dipaparkan Di Sekolah Luar Negara

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHEFFIELD, 7 Mei 2021 – Sebuah sekolah rendah di South Yorkshire membuat permohonan maaf selepas memaparkan imej karikatur Nabi Muhammad SAW dalam satu sesi perhimpunan yang diadakan.

Kejadian yang berlaku di Hunter’s Bar Junior School, Sheffield itu mencetuskan kemarahan seorang bapa kepada murid di situ yang kemudiannya menggesa waris murid lain yang beragama Islam untuk mengeluarkan anak mereka daripada sesi pembelajaran tersebut.

Bapa tersebut, Atif Mohammed berkata, kesalahan itu tidak masuk akal kerana institusi yang sepatutnya mendidik anak-anak menunjukkan kejahilan secara terang-terangan.

Atif turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan anak-anaknya kembali ke sekolah.

Ini bukanlah kejadian kali pertama pihak sekolah memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW.

Mac lalu, seorang guru di sebuah sekolah di West Yorkshire, Batley Grammar School bertindak menggunakan karikatur Nabi Muhammad sebagai proses pengajaran sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Muslim tempatan serta bekas pelajarnya.

Tindakan itu telah membawa kepada berlakunya tunjuk perasaan dan menyebabkan jalan utama di hadapan sekolah itu ditutup.

Aktivis Islam Dr Abdul Shaikh pula meminta supaya guru terlibat dipecat ekoran tindakannya yang dilihat tidak menghormati agama dan pelajar Islam.

Leave a Reply

Back to top button