Antarabangsa

Lagi Hina Nabi Muhammad: Pemimpin BJP Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TELANGANA, INDIA, 25 Ogos 2022 – Seorang penggubal undang-undang, T Raja Singh dari Parti Bharatiya Janata (BJP) telah ditahan oleh pihak polis selepas mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W., lapor portal antarabangsa.

Lelaki itu didakwa mempromosikan permusuhan atas nama agama selepas menghina Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah video berdurasi 10 minit.

“Dia didakwa mempromosikan permusuhan atas nama agama,” kata Pegawai Kanan Polis, Joel Davis di bandar Hyderabad.

Dalam video itu, T Raja mengatakan, “Lelaki tua telah berkahwin dengan seorang gadis berdekad-dekad mudanya.” Kenyataan ini didakwa merujuk jelas kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan didakwa serupa dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh jurucakap BJP, Nupur Sharma Jun lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh penggubal undang-undang BJP itu turut mendapat kecaman keras daripada ahli parlimen Islam terkemuka dari ibu negara Telangana, Hyderabad, Asaduddin Owaisi.

“BJP tidak ingin melihat keamanan di Hyderabad. BJP membenci Nabi Muhammad dan umat Islam. Mereka hendak menghancurkan hubungan silaturrahim di India.”

“Berlawan dengan kami secara politik, kami sedia untuk itu tetapi jangan menyebarkan kebencian dalam masyarakat dan mencetuskan rusuhan kaum di sini. Menghina Nabi dan umat Islam telah menjadi dasar rasmi BJP,” kata beliau kepada agensi berita India.

Jun lalu, satu kenyataan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. dikeluarkan oleh Sharma sewaktu beliau mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Hina Nabi Muhammad, Produk Dari India Dikeluarkan Dari Pasaran

Berikutan itu, umat Islam mengadakan protes besar-besaran di negara masing-masing mengecam ucapan penghinaan yang dibuat oleh Nupur Sharma.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: