Antarabangsa

Tony Blair: Dominasi Barat Terhadap Dunia Sudah Berakhir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 19 JULAI 2022 – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair telah membuat kenyataan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah moden, dunia Timur dapat berdiri sama rata dengan dunia Barat dan dalam masa yang sama, dominasi Amerika Syarikat (AS) dan para sekutunya telah hampir ke penghujung.

Blair mengeluarkan kenyataan demikian ketika menyampaikan syarahan tahunan beliau di Yayasan Ditchley pada Sabtu lalu. Menurutnya, taraf hidup kebanyakan daripada populasi di Barat pada masa kini adalah kaku disebabkan kesan pandemik Covid-19 dan konflik di antara Rusia dan Ukraine.

Menurutnya lagi, politik di dunia Barat kini berada di dalam keadaan kacau bilau, di mana keadaan semasa adalah lepih partisan, jelik, tidak produktif serta diisi dengan (sentimen) media sosial, yang mana ianya memberi kesan terhadap keadaan dalam negeri serta hubungan antarabangsa.

Blair juga menyatakan bahawa operasi ketenteraan Rusia di Ukraine seharusnya menjadi titik penting dalam mengembalikan komitmen pihak Barat. Namun, menurut pendapat Blair perubahan terbesar geopolitik dunia pada abad ini akan berlaku daripada China dan bukan Rusia. Menurutnya,

“Kita kini sudah berada di penghujung era penguasaan politik serta ekonomi Barat. (Kuasa) dunia kini akan menjadi setidak-tidaknya bipolar atau boleh jadi, multi-polar”.

China yang menurut Blair kini adalah kuasa kedua terbesar dunia, akan bersaing dengan Barat bukan terhad kepada perebutan kuasa, tetapi juga sistem, cara pentadbiran serta kehidupan. Menurutnya juga China tidak bersendirian tetapi mempunyai sekutu iaitu Rusia dan mungkin juga Iran.

Mengambil pelajaran daripada konflik di Ukraine, beliau juga berpendapat bahawa Barat tidak boleh menyangka bahawa China akan bertindak dengan cara yang rasional, merujuk kepada isu penguasaan terhadap Taiwan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: