Tempatan

Ladang Babi Gergasi: Kerajaan Negeri Pulau Pinang Perlu Hentikan Kegiatan Ternakan Babi Segera – Dr Zuhdi Marzuki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Kementerian Alam Sekitar dan Air menyarankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya segera hentikan kegiatan ternakan babi,” tegas Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

“Saya telah menyarankan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberhentikan sementara kegiatan penternakan babi di sini, sementara mereka mengambil langkah-langkah seterusnya.”

Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man itu berkata, perlu ada usaha untuk menghentikan operasi ladang babi sehingga pengusaha komited terhadap pelepasan sifar.

Jelasnya, lagi pula kawasan tersebut tidak sesuai untuk penternakan babi dan ditambah penternak masih dengan penggunaan teknologi lama.

“Saya sendiri sudah turun ke kawasan yang terlibat sejak 23 Ogos 2020 lagi dan mendapati kawasan tersebut sangat tercemar.”

Kementerian Alam Sekitar telah mencadangkan penutupan semua ladang babi yang beroperasi di Kampung Selamat kerana mencemarkan Sungai Kreh berhampiran sejak 40 tahun lalu sehingga penyelesaian ditemui.

Beliau bagaimanapun berkata, langkah demikian memerlukan kerjasama dan komitmen di seluruh kementerian dan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Menurut Dr Zuhdi, Kementerian Alam Sekitar sudah maklum tentang perkara ini selain telah menerima memorandum demi memorandum mengenai masalah itu daripada pelbagai pihak.

“Selepas saya turun ke kawasan itu Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui SPAN telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk atasi isu ini.”

Jawatankuasa Khas itu melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan dan agensi Kerajaan Negeri selain beberapa saranan telah dikemukakan kepada pihak terbabit.

Penduduk dan rakyat perlu memahami bahawa yang ada kuasa memberhentikan kegiatan penternakan babi ini adalah Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Malangnya, tidak ada sebarang penyelesaian yang dapat dilihat dalam tempoh empat dekad yang lalu.”

“Masanya telah tiba untuk menangani masalah ini secara lebih serius dari terus berlarutan.”

“Para petani, nelayan dan penduduk kampung di sekitar Sungai Kreh sudah terlalu lama menderita akibat pencemaran itu.”

Jelas beliau, yang dikesalkan ialah tidak sepatutnya Jabatan Veterinar memberikan lesen untuk kegiatan penternakan babi.

Begitu juga pihak PBT yang tidak sepatutnya memberikan keizinan premis terbabit untuk beroperasi.

Justeru, penyelesaian sekarang ialah menutup ladang sehingga kita dapat mencari penyelesaian jangka panjang.

“Ini memerlukan kerjasama antara kementerian dan semua pihak berkepentingan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: