Tempatan

Ladang Babi Gergasi: Kementerian Alam Sekitar Tiada Bidang Kuasa, PBT & Jabatan Veterinar Sepatutnya Bertindak – Dr Zuhdi Marzuki

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 – Kementerian Alam Sekitar dan Air tidak mempunyai bidang kuasa secara langsung terhadap kegiatan penternakan babi ini.

Ini kerana lesen kegiatan penternakan babi dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar manakala lesen premis pula oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Pihak Jabatan Veterinar dan PBT harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan segera isu penternakan babi yang menjadi masalah yang semakin parah untuk penduduk setempat.”

Demikian kenyataan Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas aduan dari penduduk kampung yang terjejas dengan industri Ladang Babi Gergasi di kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Kementerian Alam Sekitar telah mencadangkan penutupan semua ladang babi yang beroperasi di Kampung Selamat kerana mencemarkan Sungai Kreh berhampiran sejak 40 tahun lalu sehingga penyelesaian ditemui.

Jelasnya, lagi pula kawasan tersebut tidak sesuai untuk penternakan babi dan ditambah penternak masih dengan penggunaan teknologi lama.

“Saya sendiri sudah turun ke kawasan yang terlibat sejak 23 Ogos 2020 lagi dan mendapati kawasan tersebut sangat tercemar.”

Beliau bagaimanapun berkata, langkah demikian memerlukan kerjasama dan komitmen di seluruh kementerian dan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Penduduk dan rakyat perlu memahami bahawa yang ada kuasa memberhentikan kegiatan penternakan babi ini adalah Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Malangnya, tidak ada sebarang penyelesaian yang dapat dilihat dalam tempoh empat dekad yang lalu.”

“Masanya telah tiba untuk menangani masalah ini secara lebih serius dari terus berlarutan.”

“Para petani, nelayan dan penduduk kampung di sekitar Sungai Kreh sudah terlalu lama menderita akibat pencemaran itu.”

Jelas beliau, yang dikesalkan ialah tidak sepatutnya Jabatan Veterinar memberikan lesen untuk kegiatan penternakan babi.

Begitu juga pihak PBT yang tidak sepatutnya memberikan keizinan premis terbabit untuk beroperasi.

Justeru, penyelesaian sekarang ialah menutup ladang sehingga kita dapat mencari penyelesaian jangka panjang.

Leave a Reply

Back to top button