KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman “Bad Idea” – Kesatuan Pekerja Bank Sarawak
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2023 – Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) mengecam cadangan skim Kerajaan untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan Akaun 2 mereka sebagai cagaran untuk pinjaman bank peribadi.
Ketua Pegawai Eksekutif, Andrew Lo, berkata, cadangan itu dibuat tanpa penelitian sewajarnya dan berisiko memburukkan lagi kedudukan kewangan pencarum.
“Di bawah Akta KWSP, simpanan pencarum dilindungi daripada prosiding muflis jadi bagaimana jika peminjam gagal membayar pinjaman mereka?”
BACA JUGA: Hujan Berkurangan, Malaysia Dijangka Alami Kenaikan Suhu
BACA JUGA: Guan Eng Nafi Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary
BACA JUGA: Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Berlaku Isnin Ini
“Adakah bank mahu memberi kami pinjaman untuk cagaran sedemikian?” soalnya.
Tambahnya lagi, bank cenderung mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.
“Jadi kedudukan kewangan keseluruhan pencarum akan bertambah buruk.”
Jelasnya, cadangan itu akan membawa kepada peningkatan tahap keberhutangan yang sudah membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Ia juga akan meningkatkan tahap keberhutangan yang telah mencapai tahap yang membimbangkan. Sebahagian besar pendapatan pekerja adalah untuk pembayaran pinjaman perumahan, kenderaan dan pengguna,” kesalnya.
Dalam ucapan penggulungan Bajet 2023 kelmarin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, skim yang dicadangkan itu hanya untuk mereka yang terdesak memerlukan dana dan terpaksa memohon pinjaman bank.
Tegasnya, beliau tidak bersetuju membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran khas KWSP.
Sebagai maklum balas, KWSP berkata ia sedang menilai skim yang dicadangkan dan akan mempertimbangkan semua faktor berkaitan yang terlibat agar ia dapat dilaksanakan dengan lancar.