KWSP Bersasar: MP Tuntut Perbahasan Diadakan
KUALA LUMPUR, 03 April 2023 – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menuntut Dewan Rakyat untuk membahaskan mengenai pengeluaran KWSP bersasar.
“Esok 3 April 2023 – hari kedua terakhir sebelum sidang Dewan Rakyat sesi ini tamat. Tiada soalan-soalan untuk Menteri jawab lagi – hanya perbahasan beberapa Rang Undang-Undang yang belum diluluskan.”
“Maka berbaki 2 hari ini wajarlah Tuan Yang di-Pertua dengan penuh hikmah dan bijaksana membenarkan perbahasan ini: KWSP bersasar bagi yang benar-benar layak; kalau tidak dapat diberikan – apakah pengganti penyelesaian yang munasabah yang boleh Kerajaan tawarkan?” kata beliau.
BACA JUGA: Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok
BACA JUGA: Mogok Doktor Kontrak, PM Digesa Campur Tangan
BACA JUGA: Artis Diseru Anjur Konsert Di Sarawak Jika Sukar Peroleh Permit Di Semenanjung
Tegasnya, kita kecewa dengan jawapan Menteri Kewangan yang masih acuh tidak acuh dengan bantuan yang wajar untuk mengurangkan beban rakyat.
“Yang dijanji harga Rahmah tapi lihat apa yang berlaku di merata tempat; yang dijanji formula ekonomi yang mampu kurangkan harga barang, petrol, kereta, hutang PTPTN tetapi apa yang kita dapat?”
Kata beliau lagi, kita mahu bicara Ekonomi Rakyat – yang benar-benar menyentuh kelangsungan hidup keluarga yang berantakan, yang hancur, yang susah dan resah.
“Kalau bukan di tempat paling mulia dan tertinggi dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara – Dewan Rakyat – kalau tidak di mana lagi?”
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang individu, Norazlan Ismail, 49, yang tekad untuk berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP supaya kepayahannya disedari pihak atasan Kerajaan terutama Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Pengeluaran wang caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mungkin boleh selamatkan rumah tangga dan keluarga saya ketika ini,” kata beliau menurut laporan portal tempatan.
Ujar Wan Ahmad Fayshal lagi, “Saya difahamkan En. Norazlan yang berjalan kali dari Johor ke Istana Negara membawa azam pengeluaran KWSP akan tiba di Parlimen sekitar tengah hari. Kami ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional akan terus menjadi benteng rakyat kebanyakan!”