Tempatan

Kutuk Dasar Martabat BM, Perlu Didikan Falsafah & Dasar Kebangsaan – Ahmad Farami

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 07 April 2022 – Mereka yang mengutuk dasar memartabatkan bahasa Melayu di luar negara perlu dididik tentang falsafah kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan, sejarah Malaysia sebagai negara bangsa serta unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan, ujar pensyarah Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM), Ahmad Farami.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman Facebooknya selepas membaca ruangan “YourSay” portal Malaysiakini yang penuh dengan sindiran dan kutukan terhadap dasar memartabatkan bahasa Melayu di luar negara.

“Komen negatif ini menunjukkan ada komuniti yang berkongsi negara yang sama, tetapi berbeza pemahaman tentang identiti negara. Mereka ini bagai menjiwai nasionalisme alternatif,” kata Ahmad Farami.

Tambah beliau lagi, jika didikan tentang falsafah dan dasar-dasar kebudayaan bangsa, kebangsaan dan negara tidak berhasil terhadap golongan ini, maka cara praktikal ialah memastikan wadah politik golongan ini tidak mentadbir dan menentukan masa depan negara.

Kekecewaan Ahmad Farami itu turut dirasai oleh pengguna lain berdasarkan komen-komen mereka di ruangan posting tersebut.

Kata Anis Sina, “Kelompok Anglophile atau Chauvinist tiada jiwa nasionalisme (kebangsaan) Malaysia pun. Orientasi kebangsaan mereka adalah pada kiblat politik mereka.”

Ahmad Tajuddin Asri pula berkata, “Ini punya kes sebab Malaysia banyak kaum, diorang ni pikir kalau utamakan bahasa satu-satu kaum nanti takut jadi rasis, guna English semua tak terasa sebab dia bahasa luar. Kita dah macam India dah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: