Tempatan

Kurikulum Pendidikan Islam Sedia Ada Terlalu Berat Untuk Murid – Dr Anuar Ahmad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Februari 2022 – Kurikulum Pendidikan Islam sedia ada didapati terlalu berat dan sarat untuk dipelajari oleh murid dan mereka perlu kepada kurikulum yang lebih bermakna, menurut Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya melihat tiada keperluan buat masa ini untuk kerajaan memperkenalkan modul tambahan seperti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) Ihsan walaupun ia sekadar satu pilihan kepada murid.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Bagi saya, adalah memadai disemak semula dan diperkemas kurikulum Pendidikan Islam sedia ada, yang didapati terlalu berat dan sarat untuk dipelajari murid,” katanya sepertimana dilaporkan media.

Beberapa hari yang lalu, Menteri Agama Senator Idris Ahmad mengumumkan bahawa terdapat sebuah modul KAFA yang bakal diperkenalkan kepada semua pelajar sekolah menengah dalam masa terdekat ini.

Menurut Idris, modul elektif itu masih dalam penilaian akhir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan para pelajar digalakkan untuk mempelajari subjek tersebut.

Walau bagaimanapun, Dr Anuar Ahmad berpendapat bahawa untuk melaksanakan modul KAFA, beberapa situasi perlu diambil kira, termasuk kaedah pelaksanaan dan pihak mana yang akan membuat pilihan subjek itu bagi pihak para pelajar.

“Bagaimana kaedah pelaksanaan secara pilihan dan apakah implikasi akademik, psikologi dan sosial kepada murid yang tidak ikut serta? Apakah modul ini akan menambah beban murid dan guru?”

“Selain itu, adakah modul KAFA Ihsan tidak akan bertindih dengan kurikulum Pendidikan Islam sedia ada, sedangkan kurikulum untuk sekolah menengah ketika ini juga sudah cukup luas dan menyeluruh untuk dipelajari murid,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: