Tempatan

Kurang Bekalan Minyak Masak Paket, Kerajaan Digesa Buka Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 12 Julai 2022 – Presiden Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah menggesa Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kekurangan bekalan minyak masak berpeket yang berlaku di seluruh negara.

Lapor Utusan, ramai pengguna mengeluh sukar mendapatkan bekalan minyak masak berpeket yang semakin berkurangan di seluruh negara, terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Kira-kira 4,000 penduduk di Felda Jengka 24 dan Felda Sungai Rentang, Jerantut terputus bekalan minyak masak berpeket selama dua minggu, lalu memaksa mereka membeli minyak botol pada harga lebih tinggi.

Di Melaka pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan negeri itu mendapati antara 100 hingga 200 premis pemborong dan peruncit tidak menjual minyak masak berpeket satu kilogram.

Kata Datuk Mohd. Firdaus, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji dan melakukan forensik keseluruhan terhadap semua pemain industri termasuk peruncit, pemborong, pengedar, pembungkus serta pengilang.

“Menerusi usaha ini, Kerajaan dapat mengenal pasti orang tengah dan sindiket yang memonopoli minyak masak peket satu kilogram serta merosakkan sistem ekonomi dan jaminan keselamatan makanan,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa rangkaian sindiket kini semakin kukuh dan dapat menguasai situasi dari semasa ke semasa seolah-olah ada tali barut yang membantu rangkaian ini.

Baru-baru ini, Samudera.my melaporkan kesiapsiagaan pasukan Briged ke-31 Infantri Malaysia untuk membanteras kegiatan penyelewengan minyak masak peket bersubsidi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: