Antarabangsa

Kumpulan Sambut Merdeka Dengan Lion Dance, Ditegur Tidak Cukup Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 September 2022 – Sebuah program sambutan kemerdekaan Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Rakyat Malaysia di Amerika, melibatkan sekitar 100 orang yang berarak dan mengibarkan Jalur Gemilang sambil disaksikan oleh ratusan warga Amerika Syarikat (AS) yang berdiri di pinggir jalan.

Mesej yang disertakan pada video tersebut menyatakan: “Kami warga Malaysia! Tidak kira di mana kami berada, kami cinta akan Malaysia kami. Persatuan Rakyat Malaysia di Amerika: sedang berarak sempena hari Merdeka di Flushing Chinatown, New York. Warga Malaysia di luar negara ini sedang menunjukkan patriotisme mereka.”

Namun sambutan yang dikepalai oleh tarian singa tersebut sedikit sebanyak telah mengisyaratkan bahawa penganjur tidak begitu mengambil berat soal sensitiviti, sebagaimana dinyatakan oleh seorang kolumnis, K. Parkaran yang dimuatkan dalam sebuah portal tempatan.

Menurut beliau, ianya diperakui bahawa itu adalah hak mereka namun mereka seharusnya mengetahui bahawa mereka adalah wakil sebuah negara berbilang kaum dan mereka sepatutnya mempertontonkan budaya Malaysia yang sebenar.

“Semua orang tahu bahawa tarian singa adalah sebahagian dari budaya orang Cina. Sememangnya diperakui ianya termasuk dalam kalangan kebudayaan di Malaysia namun ia selalunya dilakukan bersama-sama aksi kebudayaan Melayu, India, Iban, Kadazandusun dan Orang Asli juga,” ujar K. Parkaran dalam artikel tersebut.

Menurutnya lagi, satu-satunya elemen Melayu yang ada pada perarakan di New York itu adalah beberapa orang peserta Cina yang memakai Baju Melayu.

Menurut beliau, “The only thing Malay about the New York march was a few Chinese participants in Baju Melayu, merely a form of window dressing, I would say.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: