Kumpulan Pertama Jemaah Haji Bakal Terbang 21 Mei Ini
KUALA LUMPUR, 28 April 2023 – Penerbangan pertama jemaah haji negara dijangka bakal terbang ke tanah suci pada 21 Mei 2023 bersamaan 01 Zulkaedah 1444H.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar memaklumkan bahawa TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah haji pada tahun ini berikutan masih dalam fasa merayu kuota tambahan.
BACA JUGA: Dakwaan Fraser Hill ‘Bandar Hantu’, Exco Pelancongan Jamin Siasatan
BACA JUGA: Digantung Bersabit Seludup 1KG Ganja, Jalan Terbaik Untuk Warga Singapura
BACA JUGA: Berdepan Kehilangan Punca Rezeki, Kumpulan Nelayan Ikrar ‘Lawan’ Projek PSI
Walau bagaimanapun, keputusan penghantaran berbeza berbanding tahun lalu kerana jumlah dan operasi jemaah akan kembali kepada asal.
Menerusi sebuah sidang media pengumuman agihan keuntungan TH bagi tahun 2022, Azman turut menyatakan, “Insya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan.”
Terkini, pihak TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.