Antarabangsa

Kumpulan Neo Nazi Sertai Tentera Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYDNEY, 24 MAC 2023 – Seorang neo-Nazi kanan Australia yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas antarabangsa telah pergi berperang di Ukraine di tengah-tengah usaha jabatan keselamatan untuk menghalang pelampau domestik mendapat latihan ketenteraan di luar negara.

Sebelum ini, Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia serta Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO) melancarkan operasi khusus yang diberi nama Projek Backencourt, untuk menghalang neo-Nazi daripada meninggalkan Australia dan mendapat latihan ketenteraan di luar negara.

BACA JUGA: Gejala Batuk Kering Meningkat 17%, Kematian Naik 12% – Menteri

BACA JUGA: Dua Undang-Undang Baharu Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dibentang 29 Mac Ini

BACA JUGA: Jemaah Menteri Setuju Mansuh Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup

Daniel Newman, seorang pelampau sayap kanan dan penjenayah ganas yang mempunyai hubungan dengan pemimpin neo-Nazi di NSW dan Victoria serta kumpulan pengganas luar negara Combat 18 sanggup datang dari Australia ke Ukraine untuk menyertai perjuangan menentang tentera Rusia.

Selepas memberitahu rakan sekutunya bahawa dia berhasrat untuk mengangkat senjata dengan pejuang anti-Rusia, Newman memulakan perjalanannya dengan menaiki pesawat ke Asia dan kemudian ke Eropah pada Februari sebelum tiba di Ukraine bulan ini.

Sumber itu berkata ia adalah percubaan kali kedua Newman melakukan perjalanan ke Ukraine dari Australia, yang sebelumnya dibuat pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya menghalang seorang lagi pelampau sayap kanan yang juga bekas tentera, Conor Stretenovic, daripada terbang ke Eropah kerana bimbang dia juga ingin berjuang bersama-sama Ukraine menentang tentera Rusia.

Pada tahun 2021, majalah TIME melaporkan bahawa rejimen Azov yang terkenal di Ukraine, yang mempunyai ramai anggota dan menyokong ideologi neo-Nazi telah berjaya merekrut seramai 17,000 warga asing dari sejumlah 50 buah negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: