Kumpulan Militan Hindu Dibekalkan Senjata Trisula, Angkat Sumpah
NAGPUR, 14 Mei 2023 – “Ahli Bajrang Dal mengedarkan Trishul (trisula) di kalangan 1,100 Hindu yang mengangkat sumpah untuk melindungi negara dan agama,” lapor sebuah media antarabangsa yang sentiasa mengikuti dan melaporkan perkembangan terbaru insiden komunal ini.
Menurut media, selain lelaki, golongan wanita muda turut terlibat dalam majlis penyerahan itu.
BACA JUGA: 1,956 Kes Denggi Direkodkan Minggu Lepas – KKM
BACA JUGA: JB Car Free Day: Beberapa Jalan Di Johor Bahru Ditutup Esok
BACA JUGA: Kerajaan Takut Orang Melayu Bersatu Bangkit Menentang Dasar – Hj Aminuddin Yahaya
Terdahulu, pada bulan April sahaja, majlis penyerahan trisula kepada Hindu oleh kumpulan-kumpulan militan seperti Bajrang Dal dan Vishwa Hindu Parishad (VHP) telah beberapa kali diadakan.
“Pada 3 April muncul video dari Narayyangarh, Haryana, mengenai ratusan lelaki yang bersumpah untuk melindungi agama Hindu dengan menggunakan trisula dan tidak menyalahgunakan trisula untuk kegunaan peribadi. Mereka yang mengangkat sumpah termasuk juga kanak-kanak bawah umur. Trisula itu diedarkan oleh Vishwa Hindu Parishad (VHP) kepada 300 Hindu.”
Tambah media, “Seperti yang dilaporkan oleh Twitter @HindutvaWatch pada 15 April, VHP dan Bajrang Dal mengedarkan trisula di kalangan 1,100 lelaki, wanita serta kanak-kanak. Sebuah dewan jemaah yang besar telah ditempah untuk majlis yang sama dan di tengah-tengah laungan Jai Shree Ram, sumpah untuk melindungi lembu dan untuk mewujudkan Akhand Bharat (Greater India) telah dilaksanakan kepada semua.”
Majlis Pengedaran Trisula ini telah menjadi perkara biasa di kalangan sayap kanan di mana ratusan dan dalam beberapa kes beribu-ribu belia tempatan dipanggil untuk acara tersebut dan diindoktrinasi ke dalam ideologi sayap kanan ekstremis untuk menyimpan senjata seperti trisula di rumah dan menggunakannya, seperti yang mereka katakan, “bertanggungjawab, untuk melindungi agama Hindu, budaya, wanita dan lembu”.