Antarabangsa

Konflik Bersenjata Tercetus Antara Azerbaijan & Armenia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAKU, 13 September 2022 – Pertempuran bersenjata telah tercetus antara tentera Azerbaijan dan Armenia berikutan permusuhan yang berlanjutan selama puluhan tahun yang dikaitkan dengan wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan.

Azerbaijan, yang mewujudkan semula kawalan penuh ke atas wilayah itu dalam konflik selama enam minggu pada 2020, mengakui ada yang terkorban dalam kalangan tenteranya. Walau bagaimanapun, Armenia tidak menyebut tentang angka korban, namun mereka berkata pertempuran tersebut berterusan semalaman.

Kedua-dua pihak didapati menyalahkan antara satu sama lain kerana mencetuskan konflik bersenjata itu.

“Beberapa kedudukan, tempat perlindungan dan titik pengukuhan angkatan bersenjata Azerbaijan telah diserang oleh senjata pelbagai kaliber termasuk mortar oleh unit tentera Armenia,” lapor agensi berita tempatan.

Serangan itu telah mengorbankan kakitangan dan mengakibatkan kerosakan kepada infrastruktur ketenteraan.

Kenyataan Azerbaijan pula memaklumkan bahawa tentera Armenia terlibat dalam aktiviti perisikan di sempadan negaranya, memindahkan senjata ke kawasan itu serta menjalankan operasi perlombongan kelmarin.

Sementera itu, Kementerian Pertahanan Armenia berkata, “Tembakan intensif berterusan dimulakan susulan provokasi besar-besaran oleh pihak Azerbaijan. Angkatan bersenjata Armenia telah melancarkan tindak balas yang sekadarnya.”

Konflik ini mula tercetus pada penghujung 1980-an apabila kedua-dua negara berada di bawah pemerintahan Soviet dan tentera Armenia menawan sebahagian besar wilayah berhampiran Nagorno-Karabakh iaitu wilayah yang sudah lama diiktiraf sebagai wilayah Azerbaijan namun mempunyai populasi Armenia yang ramai.

Dalam pertempuran tahun 2020 yang berakhir dengan gencatan senjata dibantu Rusia, Azerbaijan memperoleh semula wilayah tersebut dan ribuan penduduk pulang ke rumah. Pemimpin kedua negara pula telah bertemu beberapa kali bagi mewujudkan perjanjian keamanan yang berkekalan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: