Kumpulan Katolik Poland Bantah Laluan 666 Menuju Hel, ‘Bas Syaitan’
POLAND, 16 Jun 2023 –Pengendali bas tempatan, PKS Gdynia mengumumkan bahawa bas laluan 666 tidak akan beroperasi lagi ke bandar Hel di pantai Baltik Poland. Laluan bas popular itu menukar nombor laluannya kepada 669 mulai 24 Jun.
Media berkata, syarikat bas itu bertindak di bawah tekanan kumpulan Katolik yang mendesak perubahan itu, namun tetap masih memikirkan untuk kembali ke nombor lama di tengah-tengah bantahan orang ramai.
BACA JUGA: Ladang Durian Haram: Beri Lesen ‘Kegilaan Melampau’, Warga Raub Digesa Bantah!
BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO
BACA JUGA: Kerajaan Pahang Tanggung Baki Kos Perubatan Adik Athif
Beberapa kumpulan Katolik membantah penggunaan nombor 666 yang menandakan syaitan pada bas tersebut yang menuju ke tempat yang bunyinya seperti perkataan “neraka” dalam Bahasa Inggeris.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konservatif agama dari sebuah kumpulan di Poland telah mengadu bahawa syarikat bas PKS Gdynia telah menyebarkan Satanisme.
Laluan transit 666 ke pantai berpasir di bandar peranginan ‘Hel’ telah menjadi jenaka yang popular, terutamanya dalam kalangan pelancong.
Walaupun ‘bas Syaitan’ terbukti bagus untuk perniagaan dan tarikan pelancong, ia dianggap kurang adab oleh sesetengah orang di negara Katolik tradisional. Numerologi Kristian mengaitkan 666 dengan syaitan, berdasarkan tentang bilangan makhluk itu.