Antarabangsa

Kumpul Data: Facebook Didenda RM56 Juta Oleh Mahkamah Australia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYDNEY, 27 Julai 2023 – Pemilik Facebook Meta Platforms diperintahkan membayar denda sebanyak RM56 juta susulan mengumpul data pengguna tanpa mendedahkan tindakan itu.

Mahkamah Persekutuan Australia juga memerintahkan anak syarikatnya, Facebook Israel dan aplikasi Onavo membayar sekitar RM1.82 juta sebagai kos guaman kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia, yang membawa tuntutan sivil.

BACA JUGA: Bantah Konsert Gelek Di Shah Alam! – PU Syed

BACA JUGA: Gua Hira’ Diconteng, Penuh Sampah, Saudi Beri Amaran!

BACA JUGA: Pencemaran Sungai Kubang Tiga: Petani Terkesan, CAP Gesa Tindakan Tegas

Sekitar tahun 2016 hingga 2017, Facebook telah mengiklankan Onavo sebagai cara untuk orang ramai menyimpan maklumat peribadi mereka dengan selamat, namun pada masa sama, mereka mengumpul lokasi, masa dan kekerapan penggunaan aplikasi telefon pintar lain serta laman web yang dilawati pengguna.

Hakim, Wendy Abraham berkata, “Kegagalan untuk membuat pendedahan yang mencukupi… mungkin telah melucutkan peluang puluhan ribu pengguna Australia untuk membuat pilihan termaklum mengenai pengumpulan dan penggunaan data mereka sebelum memuat turun dan/atau menggunakan Onavo Protect.”

Tambahnya, Mahkamah boleh mendenda Meta ratusan bilion dolar sejak rakyat Australia memuat turun aplikasi itu sebanyak 271,220 kali dan setiap pelanggaran undang-undang pengguna dikenakan denda RM5 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: