Kuliah Agama Tak Boleh, Pesta ‘Gay Boy’ Bulan Ramadan Boleh Pula? – Yusuf Azmi
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – “Sedangkan Kuliah Kuliah Setengah Ustaz tak boleh di Masjid di Bawah Negeri Selangor…Nak dapatkan tausiyah bagai. Tapi Event Private panggil “THAI HOT GUY”, Boleh pula??” tempelak Pengerusi Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan mengapa tiada siapa yang melarang pesta sebegini diadakan, lebih-lebih lagi ia dianjurkan dalam bulan Ramadan.
“Event ni berlaku pula pada Ramadhan ke 8…Bulan Mulia. Kenapa tiada siapa yang melarang? Macam mana permit lesen hiburan begini dibenarkan ??”
BACA JUGA: Jasad Muslimah, Tidak Dikebumi Lebih Sebulan Negara Madani
BACA JUGA: Anjur ‘Thai Hot Guy’ Di Bulan Ramadan, MP Seru Suarakan Bantahan’
BACA JUGA: Pesta ‘Gay Boy’, DBKL Didesak Gantung Lesen Perniagaan Penganjur
Ujarnya lagi, semakin lama, undang-undang negara Malaysia semakin tidak dihormati.
“Kita ni bukanlah malaikat. Bukan baik mana pun…Tetapi kita kenalah pelihara “Rukun Negara”,” tegas beliau.
Selain itu, Yusuf Azmi turut menyatakan, negara akan diuji jika pesta sebegini masuk ke dalam negara.
“Kalau event begini boleh terlepas masuk ke dalam negara kita…Saya pasti kita akan diuji dengan ujian yang sangat berat!!”
“Puak Puak ini lah yang akan mengancam dan membangkitkan kemarahan Allah pada kita…Bala besar mereka bawa. Kenapa kerajaan boleh benarkan??”
Oleh itu, Pengerusi Semboyan 1 Malaysia itu mendesak pihak Imigresen Malaysia menyekat masuk mereka yang terlibat dengan pesta ini.
Senada dengan Yusuf Azmi, beberapa pihak yang lain turut mendesak Kerajaan dan pihak berkuasa menyekat pesta ‘Thai Hot Guy’ selain menggantung lesen perniagaan pihak penganjur.