Tempatan

Kuil Sebelah Tapak Sekolah Agama, Penduduk Damansara Damai Persoal Datuk Bandar Membisu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 04 Ogos 2022 – “Kami penduduk Damansara Damai membantah kerana kawasan ini bukan majoriti penganutnya. Tanah yang dicadangkan itu adalah bersebelahan tapak cadangan sekolah ugama Islam milik Kementerian Pelajaran Malaysia,” kata penduduk Damansara Damai dalam satu kenyataan di Facebook.

Selain itu, bantahan dibuat kerana menurut penduduk, pengunjungnya nanti adalah orang luar kawasan ini yang tidak akan peka dengan penduduk di sini. Malah, ketenteraman dan keselamatan penduduk juga akan terganggu.

Kata mereka lagi, penduduk telah mengemukakan surat bantahan kepada Datuk Bandar dengan 5,000 tanda tangan, namun, beberapa bulan selepas itu, mereka mendapati papan notis yang meminta bantahan bertulis dibuat pula dinaikkan.

“Sebelum papan notis ini dipasang pada bulan Februari 2022 kami telah menghantar surat bantahan kepada Datuk Bandar dengan 5,000 tanda tangan, adakah surat itu tidak sampai kepada pihak Datuk Bandar yang menyebabkan MBPJ memasang papan notis itu pada bulan Jun 2022.”

Bukan itu sahaja, banner bantahan yang dipasang penduduk juga telah diturunkan oleh Pegawai Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Banner Pembantahan Membina Kuil telah diturunkan oleh Pegawai Penguat Kuasa MBPJ dan dipantau oleh kereta peronda PDRM pada pukul 10.30 pagi 2/8/2022. Kami pasang banner ini pada 29/7/2022 iaitu 3 hari selepasnya. Kami pun tidak tahu dari kesalahan apa banner itu dipasang dan yang mengarah untuk menurunkan sebab tiada waran dan apa-apa notis bertulis kepada pihak Pengerusi Persatuan Penduduk di sini,” kata mereka lagi.

Justeru, penduduk Damansara Damai memohon supaya pihak berwajib mengambil kira rayuan mereka.

Esok, satu perjumpaan/penerangan dari pihak MBPJ dan polis akan diadakan bersama penduduk pada pukul 9.30 malam bertempat di Dewan Apartment Impian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: