Tempatan

TERKINI: Sungai Di 5 Negeri Kini Melebihi Tahap Bahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 November 2022 – Beberapa sungai di lima negeri kini melebihi tahap bahaya, menurut laman web rasmi public infobanjir Jabatan Pengairan Dan Saliran, Malaysia.

Lima negeri tersebut adalah sungai di negeri Sarawak, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Sarawak, paras air di sungai di Long Jegan, Miri, telah melebihi tahap bahaya (12 meter), iaitu sebanyak 12.42 meter, namun mencatatkan trend penurunan aras air.

Air sungai di Skudai di Kg. Laut, Johor Bharu pula mencatatkan 3.6 meter, meningkat sebanyak 0.6 meter dan sungai di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan turut mencatatkan peningkatan aras air setinggi 9.15 meter, melebihi tahap bahaya. Trend peningkatan aras air di kedua-dua negeri ini adalah menaik.

Di Negeri Sembilan pula, sungai di Rembau di Titian Bintangor, Rembau melebihi tahap bahaya dengan catatan terkini paras air adalah 5.15 meter, meningkat sebanyak 0.35 meter, juga merekodkan trend menaik.

Manakala, sungai di Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah meningkat sebanyak 0.72m melebihi tahap bahaya, walau bagaimanapun ia menunjukkan trend menurun.

Selain itu, laman web rasmi public infobanjir juga melaporkan berkenaan aras air di enam sungai di Sarawak, Johor, Melaka, Selangor telah meningkat melepasi tahap waspada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: