Tempatan

Kubur Islam Kepada Bukan Islam, Kerajaan Negeri Tidak Sensitif – Che’GuBard

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TAMPIN, 20 September 2021 – “Nampaknya sensitiviti Kerajaan Negeri mahupun ADUN kawasan tersebut seolah-olah langsung tidak mempedulikan hal yang sangat besar berkaitan umat Islam di negeri ini,” ujar Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu cadangan menukar status tanah perkuburan orang Islam bagi Kariah Taman Senangin kepada tanah perkuburan bukan Islam dan cadangan untuk membina kuil Hindu di tapak pembinaan masjid Taman Indah Baru baru-baru ini.

Tegas bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang lebih dikenali sebagai Che’GuBard ini, tanah di Taman Indah Baru itu adalah tanah yang sudah digazetkan dan jelas hak milik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Namun kini telah wujud binaan kuil yang dilihat seperti binaan kekal.

Menurutnya, beberapa pihak sebelum ini telah membangkitkan dan memaklumkan tentang isu ini kepada pihak Kerajaan Negeri dan ADUN, namun tidak diendahkan.

“Nampaknya, memang dalam negeri yang dikawal kerajaan DAP ini saya merasakan sensitiviti itu langsung tak dihormati lagi, bukan kata dipatuhi hormat pun tidak ada.”

Katanya lagi, “Sepatutnya benda ini kalau kata orang Islam yang tidak mahu toleransi, mengapa mereka tetap cuba untuk membuat juga sedangkan bantahan telah dibuat jauh lebih awal.”

Dan ini bukan perkara terpencil kerana kejadian yang sama juga berlaku di Lenggeng di mana kawasan tanah perkuburan orang Islam cuba ditukarkan kepada tanah perkuburan agama lain.

Susulan isu ini, beliau akan bertemu dengan pihak yang berkenaan bagi membincangkan kedua-dua isu ini.

“Saya faham Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun orang Melayu dan orang Islam tetapi saya juga minta rakyat kena faham bahawa MB ini sendiri dalam Kerajaan Negeri dia pun bermasalah, dalam partinya, dia sendiri hendak disingkirkan jadi dia bergantung betul-betul dengan DAP.”

“Maka kena ada suara desakan rakyat itu sendiri bagi mendesak agar permohonan yang tidak munasabah itu ditolak,” katanya yang juga merupakan seorang ahli politik di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: